
Apa yang saya dapat setelah menyiapkan
folio ini
|
-Input yang kami dapati setelah menyiapkan folio ini ialah kami
semakin meminati dan mempunyai perasaan ingin tahu yang lebih mendalam lagi
tentang puisi melayu terutamanya gurindam . Setelah menyiapkan folio ini
,pengetahuan kami tentang gurindam telah diperluaskan lagi dan banyak perkara
yang sebelum ini kami tidak tahu-menahu seperti latar belakang gurindam
,tokoh gurindam ,bentuk-bentuk gurindam serta maksud-maksud yang ingin disampaikan
oleh pencipta gurindam itu sendiri .
|
Perasaan saya setelah meyiapkan folio
ini
|
-Lega .Kami berasa amat lega kerana telah menyiapkan
folio ini dalam tempoh masa yang telah diberikan oleh pensyarah .Setelah
diamati folio ini , timbul pula perasaan yang bercampur baur . Kami agak
gelisah menantikan respon pensyarah kerana dikhuatiri folio ini tidak
menepati syarat yang telah ditetapkan .Kami juga berasa agak tertekan kerana
tidak banyak bahan yang dijumpai untuk diolah menjadi isi kepada folio ini.
Namun begitu ,kami rasa bangga kerana kami telah berikan yang terbaik dalam
penghasilan folio .
|
Tindakan yang diambil setelah
menyiapkan folio ini
|
-Tindakan kami setelah selesai meyiapkan folio ini
ialah menyiapkan folio yang telah diberikan oleh pensyarah lain .Kami juga
telah mencari lebih banyak contoh-contoh puisi melayu seperti pantun ,syair
gurindam dan perbilangan supaya lebih bersedia apabila diberikan tugasan
.Selain itu ,kami sudah mencari kegunaan gurindam dan dari apa yang kami baca
,gurindam ini sering dipraktikkan semasa majlis perkahwinan .
|
Harapan saya setelah menyiapkan folio
ini
|
-Kami harapkan agar puan berpuas hati dengan hasil
kerja kami berdua. Kami juga berharap supaya anak-anak muda sentiasa
mengambil berat tentang kepentingan puisi melayu ini .Hal ini kerana kami
dapati ramai anak-anak muda yang tidak meminati puisi melayu .
-Sudah banyak pertandingan yang berunsur
kesusasteraan melayu dianjurkan oleh pihak yang berkaitan ,namun sambutan
yang diberikan amatlah tidak memberangsangkan. Selain daripada itu, saya
mencadangkan agar persatuan puisi Melayu akan terus memekar dalam institusi
perguruan dan universiti, tidak kira samada pelajar berada di tahap
pendidikan pra-ijazah, diploma ataupun sudah memasuki pengkhususan ijazah.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan