BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 13 Oktober 2012

1 PPISMP : Rumusan Gurindam


                           RUMUSAN

Gurindam adalah salah satu warisan yang mencerminkan budaya masyarakat Melayu. Gurindam dikategorikan sebagai puisi Melayu yang tidak terikat atau tidak tentu bentuknya. Gurindam dapat merangkumi puisi yang lebih bebas .Ramai tokoh-tokoh yang memperjuangkan puisi genre ini .

Sebagai contohnya, Raja Haji Ali Raja Ahmad yang merupakan seorang ulama ,sasterawan dan sejarawan dari Kepulauan Riau mengangkat martabat gurindam apabila beliau menghasilkan Gurindam Dua Belas yang mana ia berbentuk nasihat dan pengajaran yang berguna kepada masyarakat dan kekal sehingga zaman sekarang .

Karangan beliau itu telah mengangkat nama  beliau sehingga ada pihak yang sanggup menerbitkan gurindam tersebut dan diterjemahkan ke dalam bahasa Belanda .Selain daripada itu ,beliau juga turut menghasilkan banyak lagi karya yang bermutu tinggi dalam pelbagai bidang .

Pengkajian dalam puisi melayu tradisional , terutamanya gurindam haruslah dilakukan dengan giat oleh pihak-pihak yang tertentu agar nilai estetika puisi genre ini akan terus mekar dalam masyarakat dan sentiasa memainkan peranannya untuk menimbulkan perasaan seronok dalam diri komuniti .

Seterusnya ,pihak-pihak yang berwajib juga boleh mendapatkan gurindam-gurindam yang bermutu daripada penulis-penulis kerana ia semakin hari dilihat semakin ditelan zaman. Justeru itu ,dapatlah kita simpulkan bahawa gurindam juga banyak membantu kita untuk kita sempadani batasan-batasan yang dinyatakan di dalamnya . 

Tuntasnya ,diharapkan agar gurindam akan terus berkembang dan menjadi akar budaya dalam masyarakat . Pengarang-pengarang gurindam juga diharapkan dapat dilahirkan dengan lebih ramai lagi agar lebih banyak lagi karya-karya yang dapat diketengahkan kepada umum dan menjadi tunjang dalam pembinaan jati diri dan negara bangsa .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan