BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 13 Oktober 2012

1 PPISMP : Penghargaan - Gurindam


PENGHARGAAN

       Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terlebih dahulu kami bersyukur kepada hadrat Illahi kerana folio ini telah disiapkan dengan jayanya dan kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah-pensyarah Persatuan Puisi Melayu iaitu Puan Normala Muhamad ,Puan Faridah dan juga Puan Fauziah kerana tanpa pensyarah yang disebutkan di atas ,kami rasa folio ini tidak mungkin dapat disiapkan .Merekalah yang telah banyak memberikan kami idea dan tunjuk ajar untuk menyiapkan folio ini .
          
                 Seterusnya ,kami juga ingin mengucapkan jutaan penghargaan kepada ibu-bapa
kami kerana telah memberikan galakan dan sokongan moral kepada kami berdua agar menyiapkan folio ini tepat pada waktunya .Kami terhutang budi kepada mereka kerana telah memberikan modal yang lebih dari mencukupi untuk menyiapkan folio ini .Selain daripada itu ,adik-beradik kami juga telah banyak memberikan perhatian dan tidak lupa kata-kata nasihat yang telah membakar semangat kami.

                 Selanjutnya , kami ingin menujukan penghargaan ini kepada teman-teman yang telah membantu kami.Kami sungguh bertuah kerana mempunyai teman-teman yang prihatin akan kesusahan kami untuk menyiapkan folio ini . Mereka juga membantu kami untuk membaiki komputer riba kami yang telah mengalami masalah teknikal. Alhamdullilah ,komputer riba kami telah dibaiki dan kerja penghasilan folio ini dapat disambung semula dengan lancar . Selain itu , mereka juga telah memberikan sedikit bahan-bahan untuk kami kupas dan olah untuk memantapkan lagi isi-isi folio ini .

                 Tidak lupa juga kepada staf-staf di Pusat Sumber Institut Perguruan Teknik kerana memberikan layanan yang  mesra semasa proses peminjaman buku-buku yang berkaitan dengan gurindam ini .Akhir kata ,kami sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses penghasilan folio ini . Sekalung budi diucapkan kepada mereka.


Tumbuh siantan pinggiran tubir
Berapit selasih di laman inang
Lafaz penghargaan terukir di bibir
Menarah kasih budi dikenang


Wassalam .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan