Pengenalan Mengenai Puisi Melayu
Puisi adalah karya sastera padat yang sangat hemat
menggunakan kata-kata. Kekuatannya terletak pada kata-kata yang dipilih, dengan
prinsip sedikit kata tapi banyak makna. Dengan kata lain, bisa disimpulkan bahawa
puisi adalah karangan yang terikat oleh pemilihan diksi, rima dan suku kata
dengan bentuk yang berangkap. Karakter puisi yang seperti ini mengharuskan
penulis atau pengarangnya memiliki pemikiran yang dalam, dengan sensitifitasi
perasaan yang tinggi.
Di samping kedalaman makna, dalam puisi juga terkandung
keindahan kata. Dalam masyarakat Melayu, konsep keindahan tersebut biasanya
berkaitan dengan unsur kekaguman pada alam, makna yang bersifat oposisi biner
(seperti tinggi-rendah) ataupun pelbagai perasaan dalam menjalani kehidupan
(seperti suka-duka).
Selain itu, keindahan juga dipengaruhi oleh kesamaan bunyi
dalam bahasa itu sendiri (seperti ubi dengan budi; talas dengan balas). Unsur
alam, persamaan dan pertentangan makna, pengalaman hidup dan kesamaan bunyi
inilah yang membentuk konsep keindahan di mata orang Melayu.
Berkaitan dengan unsur alam, contoh-contoh berikut
menunjukkan jelasnya pengaruh tersebut dalam perkembangan puisi Melayu lama, di
antaranya: keindahan rambut perempuan dianalogikan dengan mayang terurai,
dagunya bak lebah bergantung dan matanya bagai bintang timur. Contoh-contoh
lain yang berkaitan dengan persamaan dan pertentangan makna, pelbagai ungkapan
perasaan dan kesamaan bunyi sangat banyak terdapat dalam puisi Melayu lama.
Pertumbuhan puisi dimulai dari ungkapan dengan susunan kata
dan makna estetis yang sederhana, seperti: ada ubi ada talas, ada budi ada
balas. Seiring perkembangan, susunan kata dan makna estetisnya semakin dalam
dan rumit. Dalam kehidupan sehari-hari, puisi tersebut diciptakan dan
berkembang bukan sekedar untuk hiburan, tapi juga sebagai alat pengajaran dan
alat berkomunikasi, baik secara umum maupun khusus untuk ritual keagamaan dan
upacara adat.
Ada banyak jenis puisi yang berkembang dalam masyarakat
Melayu. Berdasarkan aspek keasliannya, jenis puisi dapat dibagi dua: puisi asli
Melayu dan yang berasal dari tradisi asing. Secara umum, genre puisi Melayu
asli adalah pantun, gurindam, seloka, mantra, teromba (puisi adat) dan
peribahasa. Sedangkan puisi Melayu yang mendapat pengaruh asing adalah syair,
nazam, rubai, ghazal, barzanji dan sebagainya.
Berdasarkan bentuknya, ada puisi yang berbentuk bebas dan ada
pula yang terikat. Puisi bebas adalah puisi yang tidak terikat pada rangkap,
baris, jumlah perkataan, suku kata dan rima yang tetap. Sedangkan puisi terikat
sebaliknya, terikat pada rangkap, baris, jumlah perkataan, suku kata dan rima
yang tetap.
Puisi Melayu dikelaskan dalam
golongan karya kesusasteraan bentuk bukan cerita (non-naratif). Bentuk, isi
mahupun tema, serta fungsi menjadi teras dalam pengkelasan puisi Melayu ini.
Berdasarkan kepada pengkelasan ini, jenis-jenis puisi Melayu tradisional
terbahagi kepada dua belas iaitu :
Pantun
Peribahasa berangkap
Syair Teromba
Gurindam Prosa berirama (prosa lirik)
Nazam Seloka
Teka teki Dikir (zikir)
Talibun
(sesomba)
Puisi
Unsur – Unsur Dalam Kesusasteraan
Hashim Awang
mengelaskan unsur-unsur dalam kesusasteraan kepada empat , iaitu :
a. Intelek.
•
Menimbulkan satu-satu fikiran tertentu yang tinggi dan menarik dalam sesebuah
karya sastera.
b. Emosi.
• Membezakan
di antara karya sastera dengan karya bukan sastera.
c. Imaginasi.
• Melihatkan
ketajaman daya penglihatan dan pengamatan pengarang terhadap satu-
satu benda dan peristiwa.
d. Teknik.
- Merangkumi
cara pengarang menyusun peristiwa di dalam cerita , memilih kata-kata,
mengatur rangkap-rangkap dalam sajak
,meletakkan adegan-adegan dalam lakonannya
dan lain-lain.
Melalui
pendekatan diri dalam bidang puisi Melayu ini, kita dapat :
A
) mentafsirkan isi puisi
B ) mengemukakan maksud
C ) mengenal bentuk serta keindahan gaya
bahasa
puisi
D ) membaca puisi dengan penghayatan
E ) mengenal penyair melalui puisi mereka
F ) mengenal
puisi yang bermutu.
Kesusasteraan Melayu Klasik
·
Sastera
tertua yang disampaikan secara lisan dan diturunkan dari satu generasi ke
generasi lain yang mempunyai unsur tokok -tambah.
·
Ia
wujud sebelum adanya alat pencetak.
·
Dihasilkan
sebelum tahun 1800.
·
Hasil
yang masih tersimpan tidak kira dalam apa bentuk dan bagaimana corak.
·
Disampaikan
dalam bentuk lisan dan sebahagian kecil dalam bentuk tulisan tangan.
·
Punyai
nilai dan ukuran yang tersendiri.
·
Setiap
karya adalah hak cipta bersama dan tiada nama pengarang.
·
Khayalan
dicampuradukkan dengan kenyataan untuk tujuan hiburan dan pengajaran.
·
Mempunyai
unsur-unsur setempat.
·
Bersifat
universal.
Kesusasteraan Lisan.
·
Kesusasteraan
yang disampaikan melalui peraturan dari satu generasi ke satu generasi yang
lain.
·
Dikenali
juga sebagai sastera rakyat
·
Contoh
sastera lisan berbentuk cerita:
a. cerita
asal-usul ( Dongeng harimau jadian, dongeng gerhana )
b. cerita
binatang ( Cerita Sang Kancil, Pelanduk )
c. cerita
jenaka ( Pak Pandir, Pak kaduk dan Lebai malang )
d. cerita
lagenda ( Mahsuri, Hang Tuah )
e. cerita
penglipur-lara ( Malim Deman, Malim Dewa, Anggun Cik Tunggal )
Asal-usul gurindam
Gurindam berasal daripada
bahasa Tamil iaitu ‘kirandum’. Perkataan
gurindam itu sendiri asalnya daripada perkataan Sanskrit dan dikatakan memasuki
bahasa Melayu melalui bahasa Tamil. Gurindam terkenal dalam masyarakat Melayu
terutamanya di Sumatera. Gurindam juga dikenali sebagai Muslihat Acheh,
Gurindam Barus, Lagak Minang dan sebagainya. Gurindam biasanya terjadi dari
sebuah kalimat majmuk, yang dibahagikan menjadi dua baris.
Pada peringkat awal perkembangannya, gurindam
dapat merangkumi puisi yang lebih bebas, di mana ia tergolong dalam puisi
moden. Pada peringkat tersebut, kebanyakan gurindam memperlihatkan kebebasan
dari segi isi serta bentuk. Walaupun begitu, gurindam yang dihasilkan oleh
penulis-penulisnya masih lagi terikat kepada nilai-nilai tradisional dari
bentuk rentak, pola dan juga lain-lain unsur estetika yang dapat dilihat dalam
pengkajian sastera, umumnya yang melibatkan sastera tradisional.
Takrifan gurindam termasuk ungkapan bahasa
yang indah, nyanyian dan ianya berlainan daripada ucapan biasa pada awalnya.
Namun, definisi bagi gurindam ini telah diperkemas lagi oleh Raja Ali Haji
kepada satu bentuk puisi Melayu yang terdiri daripada dua baris yang
berpanjangan, memberikan idea yang sempurna dalam pasangannya ( baris pertama
dan baris kedua ) serta berirama.
Pendeta Dr. Za’ba pula
ada mengatakan bahawa gurindam ialah suatu jenis syair yang melarat yang
sukukatanya tidak tetap, terkandung fikiran yang bernas dengan suku sebagai
nyanyian dan pengolahan bahasa yang riang. Hal ini dapat menerbitkan rasa seronok,
menyenangkan hati dan memberikan hiburan kepada pendengarnya.
Penyebatian gurindam
dalam masyarakat Melayu adalah sangat kuat dan sama juga dengan genre lain
seperti pantun, seloka dan syair. Hal ini kerana penyebaran dan penghayatan
terhadap gurindam ini telah berlaku sejak dari ratusan tahun lagi.
Gurindam Dua Belas karangan Raja Haji
Ali sangat tersohor dengan nasihat dan pengajaran yang terkandung dalam isinya
serta mempunyai motif yang tertentu. Selain daripada itu, dari dekad 1930-an
hingga 1960-an, pengaruh puisi Melayu tradisional ini dikatakan masih kuat lagi
dalam sajak-sajak yang dihasilkan oleh penyair di Tanah Melayu. Sebagai
contohnya, Mohamad Yasin Makmur, Cintati, Mohd Yusof Arshad dan teman-teman
seangkatan mereka tetap memperlihatkan pengaruh yang kuat dalam bentuk gurindam
selain syair, pantun dan seloka dalam hasil karya mereka.
Penerangan Mengenai Gurindam
Gurindam terbahagi kepada dua baris. Kedua-dua baris
tersebut akan membentuk sebuah kalimat majmuk dengan mana baris pertama
menyebut sebab. Baris kedua pula menyebut akibat dan saling berkait dengan
baris pertama.
Dari segi sukukata, tiap-tiap
baris ataupun kerat terdiri daripada sepuluh hingga empat belas sukukata. Isi
bagi setiap baris tersebut kebiasaannya ada unsur-unsur nasihat. Sebagai
contohnya, dalam Gurindam Dua Belas
karya Raja Ali Haji, perkataan yang bersajak pada akhir pasangannya , tetapi
sempurna perkataannya dalam satu pasangan sahaja.
Seterusnya, dalam
gurindam Aminuddin Baki, ditulis oleh
Mas Adeki, tema perjuangan seorang tokoh yang bernama Aminudin Baki sebagai
seorang intelektual tellah diangkat. Hal ini bermakna bahawa gurindam bukan
sahaja ditulis untuk memberikan nasihat kepada pembacanya, malah juga menjadi
wadah dalam menyampaikan sesuatu perkara ataupun menyanjung tokoh-tokoh yang
terkenal dalam sejarah serta menghargai jasa seseorang.
Dalam Kesusasteraan Indonesia, penulis Simorangkir
Simandjuntak memberikan pendapat beliau
dengan menyatakan bahawa gurindam adalah satu ikatan yang timbul setelah adanya
pengaruh daripada masyarakat India. Keistimewaan gurindam ini ialah ia
mengandungi kata-kata nasihat. Ia mengandungi dua baris gurindam.
Contohnya:
“kurang fikir kurang siasat”
“Tentu dirimu kelak tersesat”
Gurindam jelas berbeza
dengan mantera kerana ia tidak mengandungi unsur-unsur konotasi magis, juga
berbeza daripada teromba kerana tidak merujuk kepada salasilah atau
undang-undang adat dalam sesebuah komuniti.
Bentuk-bentuk gurindam
Gurindam tergolong dalam puisi
tradisional. Ia merupakan sejenis puisi yang mempunyai bentuk yang tidak
terikat atau bentuk yang tidak tentu. Pertama, bentuk yang terikat terdiri
daripada dua larik serangkap. Bentuknya sama juga jika diperhatikan dengan nazam
mahupun syair dua larik. Bentuk gurindam terikat terdiri daripada dua baris
serangkap dengan rima akhirnya yang sama. Bagi bentuk gurindam yang tidak
terikat pula, jumlah barisnya tidak tetap, manakala rima akhirnya bebas.
Beberapa
rangkap diperlukan bagi menerangkan keseluruhan idea yang terkandung dalam
sesebuah gurindam. Tiap serangkap merupakan sebahagian daripada buah fikir yang
berturutan. Gurindam bolehlah digolongkan dalam kumpulan puisi bebas,
disebabkan oleh bentuknya yang tidak terikat. Jumlah perkataan sebaris, jumlah
sukukata dan rima akhir bagi gurindam adalah tidak tetap.
Keseluruhan
idea dapat dinyatakan melalui beberapa larik atau rangkap walaupun setiap
rangkap yang dinyatakan dalam sesuatu karya ini dapat berdiri sendiri.
Larik-larik dalam gurindam terkandung tiga, empat, enam atau lebih daripada itu
dari segi perkataan. Pola rimanya adalah a-a
; a-b atau seirama, yang dipanggil sebagai monorhyme secara istilahnya. Namun, kebiasaannya rima bagi gurindam
adalah sama.
Jika
gurindam yang ditulis tidak berangkap, maka jumlah larik serangkapnya tidak
tentu, dan mempunyai rima ataupun tidak. Gurindam mempunyai bentuk yang sama
sahaja dengan teromba, mantera ataupun talibun tetapi ia mempunyai bahasa yang
bernas dan bersungguh-sungguh. Selain daripada itu, isi dalam gurindam lebih
menjurus ke arah kebenaran ,nasihat dan juga pengajaran.
Gurindam adalah satu bentuk puisi
Melayu lama yang terdiri dari dua baris kalimat dengan irama akhir yang sama,
yang merupakan satu kesatuan yang utuh. Baris pertama berisikan semacam soal,
masalah atau perjanjian dan baris kedua berisikan jawaban nya atau akibat dari
masalah atau perjanjian pada baris pertama tadi.
Jenis – Jenis Gurindam
Gurindam terbahagi kepada tiga jenis
:
a ) Gurindam serangkap dua baris
Contohnya :
“Ayam menang kampung tergadai’’
‘’Lemah lesu kampung
tergadai’’
( Petikan dari karangan Mas Adeki : Seuntai Kata Secebis Harapan )
Contohnya lagi :
“Barangsiapa
meninggalkan sembahyang”
“Seperti
rumah tiada bertiang”
“Hendak mengenal
orang berbangsa”
“Lihatlah
kepada budi dan bahasa”
“Pada orang
tua jangan derhaka”
“Supaya Allah
tidak murka”
“Kalau mulut
tajam dan kasar”
“Kelak
ditimpa bahaya besar”
b ) Gurindam serangkap empat baris
Dengarkan tuan suatu rencana
Mengarang
di dalam gundah gulana
Barangkali
gurindam kurang kena
Tuan betulkan
dengan sempurna
c ) Gurindam bebas
Tokoh Melayu Dalam Karangan Gurindam
Riwayat Hidup
Raja Ali Haji dilahirkan di Pulau Penyengat (Kepulauan
Riau, Indonesia) pada tahun 1808. Ayahnya bernama Raja Ahmad (bergelar Engku
Haji Tua) dan seorang ibu bernama Encik Hamidah binti Panglima Malik Selangor.
Raja Ali Haji adalah cucu dari Raja Haji Fisabilillah Yang Dipertuan IV dari
Kerajaan Riau-Lingga dan merupakan keturunan bangsawan Bugis.
Raja Ali Haji memiliki beberapa saudara lelaki dan
perempuan dari ayah yang sama, iaitu Raja Haji Daud , Raja Endut @Raja Umar,
Raja Salehah, Raja Cik, Raja Aisyah, Raja Abdullah, Raja Ishak, Raja Muhammad,
Raja Abu Bakar, dan Raja Siti (bongsu). Keluarga Raja Ahmad ini termasuk dalam
kalangan mereka yang suka menulis. Sebagai sasterawan, Raja Ahmad pernah
menghasilkan sekurang-kurangnya tiga buah karya iaitu Syair Engku Putri, Syair Perang Johor dan
Syair Raksi.
Hasil karyanya meliputi berbagai bidang bahas, seperti
keagamaan, kesusasteraan Melayu, politik, sejarah, falsafah, dan juga hukum. Melalui
karya-karya tersebut, Raja Ali Haji membuktikan dirinya tidak hanya sekadar
sejarawan, tapi juga seorang ulama, pujangga, dan sasterawan yang memiliki
komitmen dalam memelihara nilai keislaman serta rasa tanggung jawab yang
menebal terhadap masyarakat.
Beliau dikenali sebagai pencatat pertama dasar-dasar
tatabahasa Melayu. Pengetahuan Bahasa yang menjadi standard bahasa Melayu yang
kemudian dalam Kongres Pemuda Indonesia 28 Oktober 1928 ditetapkan sebagai
bahasa nasional, bahasa Indonesia. Beliau juga dikenali sebagai sejarawan melalui
monumentalnya yang berjudul Tuhfat al-Nafis, dan sebagai sasterawan melalui Gurindam Dua Belas.
Raja Ali Haji meninggal dunia pada tahun 1873 dan
dimakamkan di Pulau Penyengat, tepatnya di kompleks pemakaman Engku Putri Raja
Hamida. Pada awal tahun 1890, segenap sanak keluarganya mendirikan perkumpulan
bernama Rusdyiah Club yang bergerak di bidang pembinaan umat serta penerbitan
buku-buku Islami bagi meneruskan usaha Raja Ali Haji supaya tidak ditelan zaman.
Karya-karya
Sebagai
ulama, pujangga, sejarawan dan budayawan, Raja Ali Haji telah banyak melahirkan
karya berupa naskah dan cetakan dalam huruf Arab, antara lain:
·
Bustan al-Katibin
Li al-Subyan al-Mutaallimin, Yayasan Kebudayaan Indera Sakti Pulau Penyengat,
(tahun 1983)
·
Kitab Pengetahuan
Bahasa, diterbitkan oleh Al-Mathba at Al-Ahmadiyah/Al-Ahmadiah Press, Singapura
(tahun 1345 AH).
·
Syiar Hoekoem
Nikah,
·
Syair Siti
Shianah Shahib al-Ulum wa al-Amanah, Yayasan Kebudayaan Indera Sakti Pulau
Penyengat (tahun 1983).
·
Gurindam Dua
Belas dan terjemahannya dalam bahasa Belanda oleh E. Netscher De Twaalf
Spreukgedichten, diterbitkan oleh Tijdschrift van het Bataviaasch Genootschap
II, Batavia (tahun 1854).
·
Muqaddimah Fi
Intizam al-Wazaif al-Mulk, diterbitkan oleh Pejabat Kerajaan Lingga (tahun 1304
AH).
·
Tsamarat
al-Muhimmah, diterbitkan oleh Pejabat Kerajaan Lingga (tahun 1304 AH).
·
Sinar Gemala
Mestika Alam, diterbitkan oleh Mathba at Al-Riauwiyah, Pulau Penyengat (tahun
1313 AH).
·
Silsilah
Melayu dan Bugis, diterbitkan oleh Al-Imam, Singapura (tahun 1911).
·
Suluh
Pegawai, diterbitkan oleh Mathba at Al-Ahmadiah, Singapura (tahun 1342 AH).
·
Siti
Shianah, diterbitkan oleh Mahtha at Al-Ahmadiah/Al-Ahmadiah Press, Singapura
(tahun 1923).
·
Tuhfat
Al-Nafis, diterjemahkan oleh R.O Winstedt dan diterbitkan oleh The Malayan
Branch of Royal Asiatic Society, Singapura (tahun 1932).
·
Syair
Abdul Muluk, Singapura.
Penghargaan
Raja Ali Haji dianugerahi gelar
sebagai Pahlawan Nasional, atas karyanya Kitab Pedoman Bahasa yang ditetapkan
sebagai Bahasa Nasional, Bahasa Indonesia, dari Presiden Republik Indonesia
Susilo Bambang Yudhoyono (10 November 2004). Gurindam Dua Belas hasil karangan
beliau amat tersohor sehingga diterjemahkan ke dalam bahasa Belanda serta
diterbitkan pada 1854 dan masih kekal sehingga ke hari ini.
Gurindam Dua Belas ( 1847 )
Bermula
inilah rupanya syair.
Dengarkan
tuan suatu rencana
Mengarang
di dalam gundah gulana
Barangkali
gurindam kurang kena
Tuan
betulkan dengan sempurna
Inilah
arti gurindam yang di bawah syatar ini
Persamaan
yang indah-indah
Yaitu
ilmu yang memberi faedah
Aku
hendak bertutur
Akan
gurindam yang beratur
INI GURINDAM PASAL YANG PERTAMA
Barang
siapa tiada memegang agama
Segala-gala
tiada boleh dibilang nama
Barang
siapa mengenal yang empat
Maka
yaitulah orang yang ma'rifat
Barang
siapa mengenal Allah
Suruh
dan tegaknya tiada ia menyalah
Barang
siapa mengenal diri
Maka
telah mengenal akan Tuhan yang bahri
Barang
siapa mengenal dunia
Tahulah
ia barang yang terpedaya
Barang
siapa mengenal akhirat
Tahulah
ia dunia mudharat
INI GURINDAM PASAL YANG KEDUA
Barang
siapa mengenal yang tersebut
Tahulah
ia makna takut
Barang
siapa meninggalkan sembahyang
Seperti
rumah tiada bertiang
Barang
siapa meninggalkan puasa
Tidaklah
mendapat dua termasa
Barang
siapa meninggalkan zakat
Tiadalah
hartanya beroleh berkat
Barang
siapa meninggalkan haji
Tiadalah
ia menyempurnakan janji
INI GURINDAM PASAL YANG KETIGA
Apabila
terpelihara mata
Sedikitlah
cita-cita
Apabila
terpelihara kuping
Khabar
yang jahat tiadalah damping
Apabila
terpelihara lidah
Niscaya
dapat daripadanya faedah
Bersungguh-sungguh
engkau memeliharakan tangan
Daripada
segala berat dan ringan
Apabila
perut terlalu penuh
Keluarlah
fi'il yang tidak senonoh
Anggota
tengah hendaklah ingat
Di
situlah banyak orang yang hilang semangat
Hendaklah
peliharakan kaki
Daripada
berjalan yang membawa rugi
INI GURINDAM PASAL YANG KEEMPAT
Hati
itu kerajaan di dalam tubuh
Jikalau
zalim segala anggota tubuh pun rubuh
Apabila
dengki sudah bertanah
Datanglah
daripadanya beberapa anak panah
Mengumpat
dam memuji hendaklah pikir
Di
situlah banyak orang yang tergelincir
Pekerjaan
marah jangan dibela
Nanti
hilang akal di kepala
Jika
sedikitpun berbuat bohong
Boleh
diumpamakan mulutnya itu pekung
Tanda
orang yang amat celaka
Aib
dirinya tiada ia sangka
Bakhil
jangan diberi singgah
Itulah
perompak yang amat gagah
Barang
siapa yang sudah besar
Janganlah
kelakuannya membuat kasar
Barang siapa perkataan kotor
Mulutnya itu umpama ketor
Di
manakah salah diri
Jika
tidak orang lain yang berperi
Pekerjaan
takbur jangan direpih
Sebelum
mati didapat juga sepih
INI
GURINDAM PASAL YANG KELIMA
Jika hendak mengenal orang berbangsa
Lihat kepada budi dan bahasa
Jika hendak mengenal orang yang berbahagia
Sangat memeliharakan yang sia-sia
Jika hendak mengenal orang mulia
Lihatlah kepada kelakuan dia
Jika hendak mengenal orang yang berilmu
Bertanya dan belajar tiadalah jemu
Jika hendak mengenal orang yang berakal
Di dalam dunia mengambil bekal
Jika hendak mengenal orang yang baik perangai
Lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai
INI
GURINDAM PASAL YANG KEENAM
Cahari olehmu akan sahabat
Yang boleh dijadikan obat
Cahari olehmu akan guru
Yang boleh tahukan tiap seteru
Cahari olehmu akan isteri
Yang boleh menyerahkan diri
Cahari olehmu akan kawan
Pilih segala orang yang setiawan
Cahari olehmu akan abdi
Yang ada baik sedikit budi
INI
GURINDAM PASAL YANG KETUJUH
Apabila banyak berkata-kata
Di situlah jalan masuk dusta
Apabila banyak berlebih-lebihan suka
Itu tanda hampirkan duka
Apabila kita kurang siasat
Itulah tanda pekerjaan hendak sesat
Apabila anak tidak dilatih
Jika besar bapanya letih
Apabila banyak mencacat orang
Itulah tanda dirinya kurang
Apabila orang yang banyak tidur
Sia-sia sajalah umur
Apabila mendengar akan kabar
Menerimanya itu hendaklah sabar
Apabila mendengar akan aduan
Membicarakannya itu hendaklah cemburuan
Apabila perkataan yang lemah lembut
Lekaslah segala orang mengikut
Apabila perkataan yang amat kasar
Lekaslah orang sekalian gusar
Apabila pekerjaan yang amat benar
Tidak boleh orang berbuat onar
INI
GURINDAM PASAL YANG KEDELAPAN
Barang siapa khianat akan dirinya
Apalagi kepada lainnya
Kepada dirinya ia aniaya
Orang itu jangan engkau percaya
Lidah suka membenarkan dirinya
Daripada yang lain dapat kesalahannya
Daripada memuji diri hendaklah sabar
Biar daripada orang datangnya kabar
Orang yang suka menampakkan jasa
Setengah daripadanya syirik mengaku kuasa
Kejahatan diri disembunyikan
Kebajikan diri diamkan
Ke'aiban orang jangan dibuka
Ke'aiban diri hendaklah sangka
INI GURINDAM PASAL YANG KESEMBILAN
Tahu pekerjaan tak baik tetapi dikerjakan
Bukannya manusia yaitulah syaitan
Kejahatan seorang perempuan tua
Itulah iblis punya penggawa
Kepada segala hamba-hamba raja
Di situlah syaitan tempatnya manja
Kebanyakan orang yang muda-muda
Di situlah syaitan tempat bergoda
Perkumpulan laki-laki dengan perempuan
Di
situlah syaitan punya jamuan
Adapun orang tua(h) yang hemat
Syaitan tak suka membuat sahabat
Jika orang muda kuat berguru
Dengan syaitan jadi berseteru
INI GURINDAM PASAL YANG KESEPULUH
Dengan bapa jangan derhaka
Supaya Allah tidak murka
Dengan ibu hendaklah hormat
Supaya badan dapat selamat
Dengan anak janganlah lalai
Supaya boleh naik ke tengah balai
Dengan kawan hendaklah adil
Supaya tangannya jadi kapil
INI GURINDAM PASAL YANG KESEBELAS
Hendaklah berjasa
Kepada yang sebangsa
Hendak jadi kepala
Buang perangai yang cela
Hendaklah memegang amanat
Buanglah khianat
Hendak marah
Dahulukan hujjah
Hendak dimalui
Jangan memalui
Hendak ramai
Murahkan perangai
INI
GURINDAM PASAL YANG KEDUABELAS
Raja mufakat dengan menteri
Seperti kebun berpagarkan duri
Betul hati kepada raja
Tanda jadi sebarang kerja
Hukum adil atas rakyat
Tanda raja beroleh inayat
Kasihkan orang yang berilmu
Tanda rahmat atas dirimu
Hormat akan orang yang pandai
Tanda mengenal kasa dan cindai
Ingatkan dirinya mati
Itulah asal berbuat bakti
Akhirat
itu terlalu nyata
Kepada hati yang tidak buta
Contoh-Contoh Gurindam
Gurindam Memelihara Anggota Dan Hati Daripada
Kejahatan
Karangan : RAJA HAJI ALI RAJA AHMAD
·
Apabila terpelihara mata, sedikit
cita-cita
•
Maksudnya apabila kita mengawal
penglihatan, kita akan mengurangkan keinginan atau tidak tergoda untuk
melakukan sesuatu yang tidak baik
•
Apabila terpelihara kuping, khabar
yang jahat tidaklah damping
•
Maksudnya apabila seseorang menjaga
pendengarannya,maka terkawallah daripada mendengar perkara-perkara yang tidak
baik (hasutan,fitnah,umpatan dan sebagainya)
•
Apabila terpelihara lidah, nescaya
dapat daripadanya faedah
•
Maksudnya,, apabila seseorang itu
menjaga lidah atau pertuturannya, dia akan mendapat banyak kebaikan seperti
dapat mengelakkan berlakunya peregaduhan dan sebagainya.
•
Bersungguh-sungguh engkau memelihara
tangan, daripada segala berat dan ringan.
•
Maksudnya kita mesti mengawal tangan
daripada melakukan sebarang perkara yang tidak baik, tidak kira sama ada
perkara itu besar atau kecil
•
Hati itu kerajaan di dalam tubuh,
jikalau zalim segala anggota pun roboh
•
Maksudnya, hati yang merupakan
bahagian tubuh utama yang harus dijaga daripada unsur kejahatan kerana jika
hati tidak baik, semua anggota badan yang lain akan terlibat sama
•
Apabila dengki sudah
bertanah,datanglah daripadanya beberapa anak panah.
•
Maksudnya,apabila perasaan dengki
menguasai diri,maka timbullah pelbagai bentuk kejahatan
•
Mengumpat dan memuji hendaklah fikir,
di situlah banyak orang tergelincir.
•
Maksudnya kita hendaklah
berfikir dahulu sebelum memuji atau
mengeji seseorang kerana ramai orang yg melakukannya tidak menyedari niat atau
tujuan mereka berbuat demikian.Kedua-dua tindakan ini boleh dilakukan untuk
tujuan yang tidak baik.
•
Pekerjaan marah jangan dibela, nanti
hilang akal di kepala.
Maksudnya kita haruslah mengelak
daripada bertindak mengikut perasaan marah kerana dikhuatiri akan menyebabkan
kita hilang pertimbangan
•
Jika sedikit pun berbuat bohong,
boleh diumpamakan mulutnya itu pekung.
•
Maksudnya jika seseorang itu
berbohong walaupun sekali atau perkara yang kecil sahaja, namun tetap dianggap
keji dan tidak dipercayai (disamakan dengan mulut busuk, pekung - penyakit
kulit yang berbau agak busuk)
Gurindam
Guru Sejati
Guru sejati muhasabah diri,
Bijak bertindak dan berdikari.
·
Guru yang sejati hendaklah bijak dalam bertindak serta
berdikari bagi menangani masalah yang berlaku dalam kalangan pelajar.
Guru sejati senyum mesra,
Sentiasa menggunakan budi bicara.
·
Guru juga haruslah sentiasa senyum dan mempunyai budi bicara dan tahap kesantunan yang tinggi
agar dapat mendidik pelajar supaya bersopan.
Senyuman dipapar menawan hati,
Tutur katanya penuh bererti.
·
Guru haruslah mempamerkan senyuman dan bercakap benda
yang baik dan punyai erti sahaja.
Guru sejati tekun bekerja,
Ada wawasan semangat waja.
·
Guru yang sejati harus mempunyai wawasan dalam
menjalankan tugasnya serta tekun menunaikan amanah yang dijunjung.
Guru sejati guru berkualiti,
Gigih mengajar sepenuh hati.
·
Guru yang sejati akan mengajar dengan sepenuh hati
untuk pelajar-pelajarnya. Itulah lambang guru yang berkualiti.
Guru sejati berhati murni
Sihat sejahtera hidup harmoni.
·
Guru sejati akan mempunyai hati yang suci dan
mempengaruhi suasana dalam sekolah.
Tidak mudah berkata tidak,
Sentiasa berusaha terus bertindak.
·
Guru yang sejati akan sentiasa bertindak dengan bijak
dan berusaha. Mereka juga tidak akan mudah untuk berkata tidaak dan sentiasa
menghadapi cabaran.
Jika menghadapi sebarang masalah,
Guru sejati tak pernah mengalah.
·
Guru yang sejati akan terus bertahan walaupun
mempunyai banyak masalah yang bertandang.
Rela berkorban apa sahaja,
Kurang cakap banyak bekerja.
·
Guru sejati rela berkorban untuk wangsa dan tidak
berbual kosong semasa menjalankan tugas yang telah diamanahkan.
Guru sejati baik hati,
Berasa belas menaruh simpati.
·
Guru yang sejati akan mudah berasa simpati terhadap
masalah yang dilalui oleh pelajar.
Guru sejati bijak berbicara,
Hidup berbakti jadilah juara.
·
Guru sejati bijak berkata-kata bagi menawan perhatian
pelajar untuk belajar dan sentiasa berbakti kepada nusa tanpa rasa jemu.
Guru sejati umpama lebah,
Menebar ilmu sabar tabah.
·
Guru yang sejati akan sentiasa mempunyai tahap
kesabaran yang tinggi serta tabah dalam menghadapi apa jua rintangan yang
mendatang.
Guru sejati bergelar pendidik,
Pelajar diasuh bijak cerdik.
·
Guru sejati adalah pendidik yang sebenar. Mereka akan
mendidik anak-anak pelajar sehingga menjadi orang yang berguna kelak.
Membina, membentuk insan berakhlak
Gigih membimbing tak pernah jelak.
·
Tak pernah mengeluh dalam membimbing pelajar kerana
mereka sangat kental untuk membina insan yang berakhlak mulia.
Semoga berjaya di dunia dan di akhirat,
Kedua-duanya penting diambil berat.
·
Mengharapkan kejayaan di dunia dan di akhirat kelak
dan tidak mengabaikan tanggungjawab untuk mencapai kejayaan untuk kedua-duanya.
Guru sejati insan bijaksana,
Tugasan diberi beres sempurna.
·
Tugasan yang diberi kepada guru yang sejati sentiasa
dapat dilakukan dengan sempurna.
Tegur nasihat untuk kebaikan,
Mengasuh, mendidik demi kebajikan.
·
Membimbing pelajar untuk membuat kebajikan yang lebih
serta sentiasa memberikan teguran dan nasihat ke arah kebaikan.
Marahnya sayang bencinya kasih,
Mulutnya manis hatinya bersih.
·
Punyai hati yang bersih dan jikalau mereka marah
sekalipun, itu adalah kerana tanda saying.
Guru sejati utamakan kecemerlangan,
Pelajar bergaya ke arah kegemilangan.
·
Guru yang sejati sentiasa mahu cemerlang dalam apa jua
aspek. Mereka akan mendidik pelajar kea rah masa depan yang gemilang.
Guru sejati sentiasa proaktif,
Tenang tenteram berfikiran positif.
·
Guru yang sejati sentiasa berfikir positif dan
proaktif dalam menjalankan tugas.
Guru sejati memanusiakan manusia,
Demi keamanan bukan sia-sia.
·
Guru sejati akan membentuk tamadun manusia dengan
nilai-nilai yang positif demi keamanan sejagat.
Guru sejati guru bestari,
Hidup bermotivasi jati diri.
·
Mempunyai jati diri yang tinggi serta bermotivasi.
Guru sejati berbudi bahasa,
Berkhidmat demi nusa dan bangsa.
·
Guru sejati mempunyai santun budaya yang tinggi dan
rela berkhidmat untuk nusa dan bangsa.
MAS
ADEKI
SMK
Bandar Tasik Selatan
57000
Kuala Lumpur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan