BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 13 Oktober 2012

1 PPISMP: Sistem Bunyi


2.0 Bunyi – bunyi dalam bahasa Melayu
Bunyi-bunyi bahasa dihasilkan oleh manusia ketika berkomunikasi. Bunyi-bunyi bahasa yang terhasil mempunyai makna yang dipersetujui dan dapat difahamni oleh masyarakat yang menuturkan sesuatu bahasa itu. Bunyi-bunyi bahasa ini terlafaz dalam bentuk deretan bunyi-bunyi yang tertentu. Lambang-lambang yang terdapat dalam bahasa mewakili bunyi-bunyi bahasa. Bunyi-bunyi bukan bahasa pula ditakrifkan sebagai bunyi-bunyi yang terhasil apabila manusia berdehem, batuk dan sebagainya, tetapi maujudnya ia mempunyai makna walaupun tidak diwakili oleh sebarang lambang. Bunyi – bunyi bahasa yang terdapat dalam bahasa Melayu diklasifikasikan sebagai bunyi konsonan, bunyi vokal dan bunyi diftong.
2.1 Bunyi Konsonan
Sekatan udara yang mengalir dalam saluran suara menghasilkan bunyi konsonan. Sifat bunyi ini pula ditentukan oleh pita suara semasa lafaz bunyi. Bunyi konsonan merupakan marginal yang dapat wujud di kawasan pinggiran sahaja.Bunyi bersuara akan ditentukan apabila pita suara tidak bergetar, manakala sekiranya pita suara tidak bergetar, ia merujuk kepada bunyi tak bersuara. Penamaan lokasi pengeluaran bunyi pula adalah bergantung kepada alat dan daerah artikulasi yang terlibat, seperti semasa melafaz menggunakan bibir, maka ia dinamakan dua bibir atau bilabial. Jenis sekatan perlu dihuraikan untuk mengenal pasti jenis bunyi konsonan yang dihasilkan. Bunyi letupan atau plosif yang berlaku pada aliran udara terhasil apabila adanya sekatan yang menahan udara daripada terlepas keluar. Bunyi konsonan terhasil apabila berlakunya sekatan kepada aliran udara dengan kadar yang tertentu. Jenis-jenis konsonan letupan ( plosif ), letusan ( afrikat ), sengau ( nasal ), geseran ( frikatif ), sisian ( lateral ), getaran ( trill ), dan separuh vokal ( semi vowel ).
Bagi konsonan letupan, terdapat tujuh bunyi konsonan dalam bahasa Melayu yang merangkumi tiga bunyi bersuara, tiga bunyi tak bersuara dan satu letupan glotis. Apabila lelangit lembut dinaikkan bagi menyekat  rongga hidung, aliran udara akan tertutup dan ini akan menghasilkan bunyi konsonan letupan. Bunyi-bunyi ini akan terhasil apabila titik-titik artikulasi yang tertentu dalam mulut dan juga bibir disentuh oleh alat artikulasi. Letupan akan terhasil apabila udara dari paru-paru terkumpul dan dilepaskan secara tiba-tiba semasa alat artikulasi menyentuh titik artikulasi ini.
Konsonan letupan dua bibir [p] dan [b] terhasil apabila bibir atas dan bawah dirapatkan dan lelangit lembut merapat ke dinding belakang rongga tekak. Udara yang tertahan di dalam rongga mulut dan saluran suara akan dilepaskan serta merta. Letupan bibir tak bersuara [p] akan terhasil apabila pita suara tidak bergetar semasa udara dilepaskan manakala letupan bersuara [b] terhasil apabila pita suara bergetar. Contoh bunyi konsonan yang boleh dilihat dalam letupan dua bibir tak bersuara ialah [p], [#lapan#] – lapan dan [#tәtap#] – tetap, manakala bagi letupan dua bibir bersuara pula adalah [#balik#] – balik dan [#lәbat#] – lebat.
Seterusnya, konsonan letupan gusi [t] dan [d] boleh terhasil apabila udara dari paru-paru yang disekat oleh lidah dibebaskan serta-merta setelah hujung lidah dirapatkan ke gusi atas. Maka, terhasillah letupan ini yang mana meghasilkan letupan gusi tak bersuara [t] apabila tiada getaran pita suara dan letupan gusi bersuara [d] pula akan terhasil apabila pita suara bergetar. Contoh bagi bunyi konsonan letipan gusi tak bersuara ialah [#itu#] – itu dan [#pusat#], manakala contoh letupan gusi bersuara [d] pula ialah [#dasar#] – dasar dan [#ada#] – ada.
Konsonan letupan yang seterusnya adalah konsonan letupan lelangit lembut [k] dan [g]. Konsonan ini terhasil apabila lelangit lembut disentuh oleh bahagian belakang lidah yang dinaikkan, menyebabkan udara yang tertahan dilepaskan serta merta. Sekiranya pita suara tidak bergetar disebabkan oleh pelepasan udara tersebut, maka letupan lelangit lembut tak bersuara [k] dan [g] terhasil di mana contohnya ialah [#kambiŋ#] – kambing dan [#paku#] – paku. Letupan lelangit lembut bersuara [g] pula akan terhasil jika pita suara bergetar, di mana contohnya ialah [#garaŋ#] – garang dan [#beg#] – beg.
Konsonan letupan pita suara [?] pula terhasil apabila aliran udara secara serta merta dibebaskan oleh pita suara yang dirapatkan setelah terkumpul dan tertahan. Contoh bunyi konsonan ini di dalam bahasa Melayu ialah [#buda?#] – budak dan [#bale?#] – balik. Seterusnya, konsonan letusan [c] dan [j].  Bunyi konsonan ini dilepaskan perlahan-lahan sehingga kedengaran bunyi geluncuran. Pita suara akan bergetar dan tidak bergetar apabila lelangit lembut dinaikkan bagi penghasilan bunyi bersuara dan tak bersuara. Contoh letusan lelangit keras tak bersuara [c] ialah [#cat#] – cat dan [#kaca#] – kaca, manakala contoh bagi letusan lelangit keras bersuara [j] pula ialah [#jalan#] – jalan dan [#baju#] – baju.
Apabila udara keluar melalui rongga hidung setelah lelangit lembut diturunkan, bunyi sengau akan terhasil dengan menghubungkan lat artikulasi lidah pada titik artikulasi tertentu di dalam mulut. Semua bunyi sengau adalah  bersuara dan dengan keadaan pita suara bergetar. Konsonan sengau dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat bunyi, iaitu [m], [n], [Л ] dan [ŋ].
Konsonan sengau dua bibir bersuara terhasil apabila bibir bawah dirapatkan ke bibir atas dan udara melalui rongga hidung disebabkan oleh lelangit lembut, di mana pita suara digetarkan semasa perlafazan bunyi ini. Contoh bagi konsonan sengau dua bibir bersuara [m] ialah [#makan#] – makan dan [#lama#] – lama.
Kemudian ,kita lihat pula pada sengau gusi bersuara [n] yang terhasil apabila hujung lidah dirapatkan kepada gusi. Pita suara digetarkan semasa melafazkan bunyi ini. Contoh bagi bunyi ini ialah [#naŋka#] – nangka dan [#lapan#] – lapan.
Komponen yang seterusnya dalam konsonan sengauan adalah sengau lelangit keras gusi bersuara [ Л ]. Bunyi ini dihasillkan apabila depan lidah dirapatkan kepada lelangit keras gusi. Pita suara akan digetarkan dan lelangit lembut dalam keadaan biasa yang menyebabkan udara melalui rongga hidung. Contoh bagi bunyi ini adalah [# Л awa#] – nyawa dan [# Л amo?#] – nyamuk.
Sengau lelangit lembut bersuara [ŋ] pula terhasil apabila belakang lidah diangkat dan dirapatkan kepada lelangit lembut. Lelangit lembut dalam keadaan biasa yang menyebabkan udara melalui rongga hidung dan pita suara bergetar. Contoh bagi sengau lelangit lembut bersuara [ŋ] ini ialah [#ŋaŋa#] – nganga dan [#malaŋ#] – malang.
Dalam bahasa Melayu, terdapat sembilan bunyi geseran  yang melibatkan empat darinya ialah bersuara dan empat lagi tidak bersuara. Satu lagi bunyi geseran yang tidak boleh dikatakan bersuara ataupun tak bersuara yang dilambangkan [h].
Geseran gusi [s] dan [z] terhasil apabila aliran udara tidak menyekat hujung lidah yang dirapatkan ke arah sempadan gusi lelangit keras dan menyebabkan geseran udara yang keluar daripada paru-paru berlaku.Contoh bagi geseran gusi tak bersuara [s] ialah [#sah#] – sah dan [#lipas#] – lipas, manakala contoh bagi geseran gusi bersuara [z] pula ialah [#zaman#] – zaman dan [#hafiz#] – hafiz.
Selain itu, konsonan geseran juga terbahagi kepada geseran gigi bibir [f] dan [v]. konsonan ini terhasil apabila gigi bawah dan bibir atas dirapatkan, namun tidak menghalang udara keluar. Geseran berlaku apabila ada udara yang keluar dari paru-paru apabila laluan sempit terbentuk. [#fikir#] – fikir dan [#lafaz3] – lafaz merupakan contoh-contoh bagi geseran gigi bibir tak bersuara [f], manakala [#variasi#] – variasi dan [#novel#] – novel pula merupakan contoh bagi geseran gigi bibir bersuara [v].
Geseran lelangit keras [š] dan [ž] pula terhasil apabila depan lidah dinaikkan ke arah lelangit keras tetapi tidak rapat dan berlakunya geseran kerana udara dari paru-paru terdesak keluar. Contoh bunyi geseran lelangit keras tak bersuara [š] ialah [#ašar#] – asar dan [#xaš#] – khas, manakala bagi geseran lelangit keras bersuara [ž] ialah [#žohor#] – dhohor dan [#hažir#] – hadhir.
Konsonan geseran lelangit lembut [x] dan [γ] terhasil apabila belakang lidah diangkat rapat ke lelangit lembut dan udara yang keluar dari paru-paru terdesak keluar melalui rongga mulut, lantas menyebabkan berlakunya geseran. Contoh-contoh bagi geseran lelangit lembut tak bersuara [x] ialah [#abar#] – khabar dan [#xianat#] –khianat, manakala contoh-contoh bagi geseran lelangit lembut bersuara [γ] ialah [#γaeb#] – ghaib dan [#baliγ#] – baligh.
Apabila pita suara dirapatkan, udara yang keluar di antara pita suara akan bergeser. Hal inilah yang dikatakan geseran pita suara [h]. Contoh-contoh bagi geseran pita suara [h] ialah [#hati#] – hati dan [#lihat#] – lihat.
Konsonan getaran [r] juga terdapat dalam konsonan yang berkait dengan bunyi bahasa Melayu. Lidah diangkat  kea rah gusi dan bunyi dihasilkan apabila lidah digetarkan dalam rongga mulut. Bunyi getaran[r] akan terhasil apabila udara yang dilepaskan dari paru-paru menggetarkan hujung lidah dan pita suara. Contoh-contohnya pula adalah [#rantai#] – rantai, [#baru#] – baru dan [#ular#] – ular.
Disamping itu, konsonan sisian [i] juga termasuk dalam Bahasa Melayu. Melalui kiri dan kanan lidah, udara akan dilepaskan dan bunyi sisian akan terhasil. Hujung lidah diangkat ke tengah gusi dan lelangit lembut pula dirapatkan ke belakang rongga tekak. Pita suara akan bergetar ketika udara yang dilepaskan dari paru-paru melalui sisi kanan dan kiri lidah. Contoh-contoh bagi konsonan sisian ini ialah [#lantai#] – lantai, [#balam#] – balam dan [#kәsal#] – kesal.
Separuh vokal tidak boleh diklasifikasikan sebagai bunyi vokal kerana terdapat sekatan yang menghalang alran udara dan tidak dihasilkan dalam keadaan yang tidak sempurna. Semasa perlafazan separuh vokal ini, kedudukan lidah sama seperti kedudukan lidah ketika menyebut huruf vokal, namun keadaan ini hanya berlaku separuh sahaja. Separuh vokal dua bibir [w] dilafazkan dengan keadaan bibir dibundarkan. Contoh-contoh penggunaan separuh vokal dua bibir [w] ialah [#wayaŋ#] – wayang dan [#pulaw#] – pulau. Sementara itu, semasa melafazkan separuh vokal lelangit keras [γ], keadaan bibir dihamparkan. Contoh-contoh penggunaannya ialah [#yaŋ#] – yang dan [#tayaŋ#] – tayang.
2.2 Bunyi Diftong
            Geluncuran dua bunyi vokal, iaitu bunyi vokal yang pertama menggeluncur ke bunyi vokal yang kedua menghasilkan bunyi diftong. Bunyi diftong ini dilambangkan melalui dua vokal, di mana ianya mempunyai satu puncak kelantangan. Bunyi vokal yang pertama lebih lantang daripada bunyi vokal yang kedua. Tiga diftong dalam bahasa Melayu adalah [ai], [au] dan [oi].
Diftong [ai] terhasil apabila lidah melafazkan bunyi vokal depan [a] dan secepatnya beralih kepada vokal depan tertutup [i], namun tidak pula bahagian depan lidah dinaikkan seperti melafazkan bunyi [i].Pita suara akan bergetar dan hujung lidah menyentuh gigi depan pada bahagian bawah. Lelangit lembut dinaikkan dan bentuk bibir dalam keadaan neutral. Contoh-contoh bagi bunyi diftong adalah [#pandai#] – pandai, [#sampai#] – sampai dan [#tupai#] – tupai.
Seterusnya, diftong [au] terhasil apabila kedudukan lidah pada mulanya yang menyebut [a] , dan secepatnya beralih kepada vokal belakang tertutup [u]. Bentuk bibir menjadi bundar setelah selesainya menyebut  lafaz bunyi ini walaupun pada mulanya ia bukan berada dalam keadaan bundar. Pembukaan rahang adalah antara sederhana dan luas, di mana hujung lidah hampir-hampir menyentuh gigi depan bahagian bawah. Contoh-contoh bunyi diftong [au] adalah [#kәrbau#] – kerbau dan [#kalau#] – kalau.
Bunyi diftong yang seterusnya ialah diftong [oi]. Diftong ini terhasil apabila kedudukan lidah mula menggeluncur pada posisi  vokal belakang separuh tertutup [o] dan secepatnya beralih kepada bunyi vokal depan tertutup [i]. pembukaan rahang semasa lafaz ini adalah luas, manakala bentuk bibir adalah bundar pada geluncuran pertama tetapi menghampar semasa hampir selesai melafazkannya. Contoh-contoh bunyi diftong ialah [#sәpoi#] – sepoi, [#kaloi#] – kaloi dan [#amboi#] – amboi.

    Rajah 2.1 : Rajah Kedudukan Diftong Bahasa Melayu

2.3 Bunyi Vokal
Bunyi vokal ialah bunyi bersuara di mana penghasilannya tidak melibatkan sebarang sekatan pengaliran udara. Klasifikasi bunyi vokal ditentukan oleh kedudukan lidah dan bentuk bibir. Vokal depan, belakang dan tengah adalah ditentukan oleh pembukaan bibir dan kedudukan lidah semasa melafaz. Bentuk bibir  dan saiz rongga mulut pula menentukan sama ada bunyi vokal yang dilafazkan itu dalam keadaan terbuka, separuh terbuka, separuh sempit ataupun luas.
Satu sistem vokal yang dinamai diagram vokal kardinal telah diperkenalkan oleh Daniel Jones ( 1881-1967) untuk dijadikan kerangka bagi membandingkan cirri-ciri bunyi vokal yang berdasarkan bentuk lidah sebagai asas. Melalui proses yang tertentu dalam bidang fonetik, Daniel Jones mendapat lapan titik andaian yang menjadi posisi  bagi lidah bagi menghasilkan lapan bunyi vokal standard yang dinamai vokal cardinal utama. Bunyi-bunyi vokal tersebut adalah [i], [e], [έ], [a], [α], [o], [o],dan [u].
                                                Rajah 2.2 : Rajah Vokal

Bunyi vokal [i], [e], [έ], dan [a] diklasifikasikan sebagai vokal depan. Daerah artikulasi bagi bunyi ini ialah lelangit keras dan alat artikulasi yang terlibat dalam penghasilan bunyi ini pula ialah lidah serta saiz rongga mulut.
Vokal depan sempit dihasilkan apabila hujung lidah dinaikkan setinggi yang boleh ke hadapan sewaktu kedua-dua bibir berada dalam keadaan leper dan dibuka sempit.Lelangit lembut diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung. Pita suara akan bergetar setelah udara keluar melalui rongga mulut. Lidah berada dalam kedudukan paling tinggi dalam rongga mulut dan bibir pula berada dalam keadaan terhampar. Contoh bagi penggunaan vokal depan sempit [i] adalah [#ikan#] – ikan, [#bila#] – bila dan [#hati#] – hati.
                                     
                                  Rajah 2.3 : Vokal Depan Sempit

Apabila hujung lidah diturunkan serendah yang boleh ke hadapan semasa kedua-dua bibir yang berbentuk leper dan dibuka luas, bunyi vokal depan luas [a] dihasilkan. Rongga hidung akan tertutup setelah lelangit lembut diangkat rapat kepada belakang tekak. Pita suara akan bergetar setelah udara keluar melalui rongga mulut. Bibir akan berada dalam keadaan terhampar apabila melafazkan bunyi vokal ini. Contoh-contoh bagi penggunaan vokal depan luas [a] adalah [#aku#] – aku, [#hati#] – hati, dan [#bila#] – bila.
                                 
                                   Rajah 2.4 : Vokal Depan Luas
Seterusnya, vokal depan separuh luas [έ] terhasil apabila lidah depan diturunkan dua pertiga dari kedudukannya semasa melafazkan bunyi [e]. rongga hidung ditutup setelah lelangit lembut pula diangkat rapat kepada belakang tekak. Pita suara bergetar apabila udara keluar melalui rongga mulut. Bibir pula berada dalam keadaan terhampar ketika melafazkan bunyi ini. Contoh-contoh penggunaan vokal [έ] adalah [#έlo?#] – elok dalam dialek Kedah, [#otέ#] – membuat sedikit demi sedikit dalam dialek Kedah dan [#modέ#] – modal dalam dialek Kedah.
                                            
                          Rajah 2.5 : Vokal Depan Separuh Luas

Vokal depan separuh sempit [e] terhasil dengan hujung lidah diturunkan satu pertiga di antara jarak kedudukan lidah bagi menghasilkan vokal depan sempit dengan vokal depan luas ke hadapan semasa kedua-dua bibir dibuka separuh sempit dan berbentuk leper. Rongga hidung ditutupi setelah lelangit lembut diangkat rapat kepada belakang tekak. Pita suara digetarkan oleh udara keluar melalui rongga mulut. Bibir pada waktu ini berada dalam keadaan terhampar dan pembukaan bibir agak sederhana sewaktu melafazkan bunyi ini. Contoh penggunaan vokal separuh sempit [e] ini adalah [#elo?#] – elok, [#sepa?#] – sepak dan [#sate#] – sate.
                                           
                          Rajah 2.6 : Vokal Depan Separuh Sempit

Bunyi vokal [u], [o], [ כּ ] dan [α] diklasifikasikan sebagai vokal belakang. Lelangit lembut dan lidah terlibat semasa penghasilan bunyi ini. Lelangit keras menjadi daerah artikulasi dan kadar bukaan luas ditentukan oleh rongga mulut dan saiz bukaan mulut.
Vokal belakang sempit [u] dihasilkan dengan menaikkan belakang lidah setinggi yang mungkin semasa kedua-dua bibir berbentuk bundar dan separuh sempit. Tiada sekatan udara yang berlaku dan rongga hidung ditutupi oleh lelangit lembut yang yang diangkat rapat kepada belakang tekak. Pita suara digetarkan oleh udara yang keluar melalui rongga mulut. Contoh-contoh bagi vokal belakang sempit [u] adalah [#ulam#] – ulam, [#suka#] – suka dan [#batu#] – batu.
                                
                             Rajah 2.7 : Vokal Belakang Sempit

Kemudian, apabila belakang lidah dinaikkan sedikit ke belakang semasa kedua-dua bibir dibundarkan dan dibuka luas dan diletakkan di titik paling bawah, vokal belakang luas [α] akan terhasil. Lelangit lembut diangkat rapat ke belakang tekak. Rongga hidung pula akan tertutup dan menyebabkan pita suara bergetar kerana udara keluar  melalui rongga mulut. Contoh-contoh penggunaan vokal belakang luas [α] ini adalah [#gula#] – gulai dalam dialek Sungai Perak.
                                
                                                 Rajah 2.8 : Vokal Belakang Luas

Vokal belakang separuh sempit [o] pula terhasil apabila belakang lidah diturunkan sedikit daripada titik yang paling tinggi semasa melafazkan bunyi [u]. Rongga hidung akan tertutup  setelah lelangit lembut diangkat rapat kepada belakkang tekak dan hal ini akan menyebabkan pita suara bergetar kerana udara keluar melalui rongga mulut. Bibir akan berada dalam keadaan separuh sempit dan kedua-dua bibir berbentuk bundar. Contoh penggunaan vokal belakang separuh sempit [o] adalah [#omba?#) – ombak, [#sora?#] – sorak dan [#soto#] – soto.
                                  
                                       Rajah 2.9 : Vokal Belakang Separuh Sempit

Seterusnya, vokal belakang separuh luas [ כּ ] dihasilkan apabila belakang lidah diturunkan sedikit daripada semasa kita menghasilkan vokal separuh sempit [o]. Kedua-dua bibir akan berada dalam kedudukan dua bibir bundar dan dibuka separuh luas. Rongga hidung ditutupi oleh lelangit lembut yang diangkat rapat kepada belakang tekak dan menyebabkan pita suara bergetar apabila udara keluar melalui rongga mulut. Contoh-contoh penggunaan vokal belakang separuh luas [ כּ ] adalah [#borak#] – berbohong dalam dialek Kedah dan [#tumpo#] – mati dalam dialek Bota Perak.
                              
                             Rajah 2.10 : Vokal Belakang Separuh Luas

Vokal tengah [ә] akan terhasil apabila lidah diletakkan pada lantai rongga mulut. Bunyi vokal [ә] akan terhasil apabila udara melalui rongga mulut. Bibir akan terbuka, tetapi tidak luas. Contoh-contoh penggunaan vokal [ә] adalah [#әma?#] – emak, [#lәbah#] – lebah dan [#apә#] – apa dalam sebutan Johor Riau.
                                  
                                        Rajah 2.11 : Vokal Tengah
Apabila bahagian tengah lidah dinaikkan ke arah pertemuan antara lelangit keras dan lelangit lembut, rongga hidung tertutup oleh lelangit lembut dan anak tekak. Pita suara akan bergetar semasa udara keluar melaluinya. Hal ini dinamakan vokal tengah pendek. Contoh-contoh bagi vokal tengah pendek adalah [# perahu #] – perahu dan [ #tempat# ] – tempat. 
Vokal tengah panjang hampir sama dengan vokal tengah pendek, Cuma ia lebih tegas dan panjang dari segi bunyi dan tengah lidah dinaikkan dengan lebih tinggi untuk mengujarkan perkataannya. Tengah lidah hanya perlu dinaikkan lebih tinggi semasa menghasilkan vokal separuh sempit , lelangit  lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Bunyi yang keluar itu bersuara apabila pita suara dirapatkan dan kebiasaannya vokal ini hanya terdapat pada akhir perkataan. [# dia# ] – dia dan [# kereta# ] – kereta merupakan contoh-contoh yang bagi vokal tengah panjang.
Rongga hidung terlibat sama , lelangit  lembut dan anak tekak tidak dinaikkan cukup tinggi untuk menutup rongga hidung dalam penghasilan vokal sengauan.Udara keluar dari kedua-dua rongga, iaitu rongga hidung dan mulut apabila rongga hidung tidak tertutup rapat.
Kehadirannya dipengaruhi oleh bunyi konsonan di hadapan atau di belakang vokal, terutamanya bunyi sengauan.Vokal sengauan  ini biasanya akan hadir dalam keadaan seperti sebelumnya terdapat konsonan sengauan. Konsonan yang pertama adalah konsonan sengauan dan konsonan kedua sama ada separuh vokal atau geseran glotis dalam struktur ini. [#hidung#] – hidung dan [#minum#] – minum merupakan contoh bagi vokal sengauan ini.       






Enam vokal yang terkandung dalam bahasa Melayu adalah [i], [e], [a], [ә], [u] dan [o]. Bibir akan dihamparkan ataupun dibundarkan apabila bunyi-bunyi vokal dilafazkan, manakala pada rajah 2.13 pula menunjukkan kedudukan lidah ketika melafazkan bunyi vokal yang terdapat dalam bahasa Melayu.
                                             Rajah 2.12 : Bentuk Bukaan Bibir
                              
                    Rajah 2.13 : Kedudukan Lidah Semasa Melafazkan Bunyi Vokal

p/s : untuk setiap gambar, rujuk 1 PPISMP : Bunyi Vokal

Tiada ulasan:

Catat Ulasan