BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 13 Oktober 2012

1 PPISMP : Asal Usul Salasilah Melayu


1.0 Asal-asul atau Salasilah Bahasa Melayu
            Untuk mengkaji asal-asul Bahasa Melayu, para penyelidik menggunakan rajah asal-usul bahasa (rajah 1.1).  Berdasarkan rajah asal-usul bahasa, Bahasa Melayu berasal daripada rumpun Austronesia yang tergolong dalam filum.  Filum bermaksud kelompok bahasa induk yang paling tua usianya, iaitu berumur 5000 tahun ke atas.  Kelompok bahasa yang berumur antara 2500-5000 tahun ialah rumpun.  Keluarga pula merupakan kelompok bahasa yang berumur kurang daripada 2500 tahun.  Sesuatu keluarga bahasa boleh dibahagikan kepada subkeluarga atau subkelompok berdasarkan faktor geografi dan nama bahasa tertentu.

Berdasarkan rajah asal-usul bahasa, bahasa Melayu tergolong dalam keluarga bahasa Nusantara.  Bahasa Nusantara mempunyai jumlah bahasa yang paling banyak, iatu kira-kira 200-300.  Bahasa Melayu merupakan salah satu daripada bahasa-bahasa tersebut dan termasuk dalam subkeluarga Indonesia Pusat.  Dalam subkeluarga Indonesia Pusat itu, bahasa Melayu termasuk dalam golongan bahasa Sumentara, bersama-sama dengan bahasa Batak, Aceh, Minangkabau, Nias, Lampung, dan Orang Laut.
Menurut NIk Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood, beberapa teori telah mengatakan bahawa penutur-penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan manusia yang diberikan nama Austronesia.  Mereka datang dari daerah Yunan dan telah turun, dalam beberapa gelombang pergerakan manusia, dan menduduki wilayah Asia Tenggara.  Penghijrahan mereka dipercayai berlaku dalam dua kumpulan, iaitu Melayu Proto dan Melayu Deutro.  Kumpulan Proto merupakan kumpulan pertama yang berhijrah ke Asia Tenggara atau Nusantara pada Zaman Batu Baru Iaitu kira-kira tahun 2500 sebelum Masihi.  Perabadan orang Melayu Proto ini dikatakan lebih maju daripada orang Negrito yang sudah sedia ada di Asia Tenggara.  Orang Melayu Proto dikatakan hidup berpindah-randah.  Penghijrahan Kumpulan Melayu Deutro pula dikatakan berlaku pada Zaman Logam kira-kira tahun 1500 sebelum Masihi.  Kumpulan ini dipercayai mempunyai tamadun yang lebih maju daripada Melayu Proto.  Kedatangan Melayu Deutro telah menyebabkan Melayu Proto berpindah ke kawasan pedalaman, iaitu kawasan hutan dan pergunungan.  Kumpulan Melayu Proto inilah yang menjadi nenek moyang kepada orang asli seperti Semang, Jakun, Senoi, dan sebagainya.  Kumpulan Melayu Deutro pula menetap di pesisir pantai dan hidup sebagai nelayan serta menetap di sungai dan lembap yang subur dengan menjalankan kerja pertanian dan memburu binatang.  Orang Melayu Deutro berkembang menjadi bangsa Melayu dan bangsa Indonesia yang ada sekarang. Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini.

1.1 Tahap Perkembangan Bahasa Melayu
Para pengkaji biasanya membahagikan perkembangan Bahasa Melayu kepada empat peringkat atau tahap, iaitu bahasa Melayu purba, bahasa Melayu kuno, bahasa Melayu klasik, dan bahasa Melayu moden.  Mereka menganggap bahawa bahasa Melayu moden yang digunakan pada masa ini merupakan perkembangan daripada bahasa Melayu klasik.  Bahasa Melayu klasik pula berasal daripada bahasa Melayu kuno manakala bahasa Melayu kuno itu berasal daripada bahasa Melayu purba.

1.1.1 Bahasa Melayu Purba
            Bahasa Melayu purba tidak memiliki tulisan tetapi hanya wujud dalam bentuk lisan.

1.1.2 Bahasa Melayu Kuno
1.1.2.1 Definisi Bahasa Melayu kuno
            Bahasa Melayu purba akhirnya memperoleh aksara untuk disampaikan dalam bentuk tulisan disebabkan pengaruh budaya Hindu.  Bahasa Melayu kuno merupakan lanjutan daripada perkembangan bahasa Melayu purba dalam bentuk tulisan.
Kemasukan budaya Hindu ke Alam Melayu melalui para pedagang dan penyebar agama Hindu yang singgah di Nusantara sejak abad pertama Masihi lagi telah menggalakkan penggunaan bahasa Sanskrit ke dalam bahasa Melayu purba.  Selain itu, budaya Hindu memperkenalkan tulisan dalam bahasa Melayu kuno. Iaitu tulisan Palava, Nagiri, dan Kawi yang mengevolusikan bahasa Melayu purba menjadi bahasa Melayu kuno.  Basaha Melayu kuno memainkan peranan yang penting dan berkembang pesat pada zaman kerajaan Sriwijaya.  Pada zaman tersebut, bahasa Melayu mencapai kegemilangannya yang pertama.
            Menurut Goay Teck Chong, Choo Say Tee & Zainuddin Ahmad (2008), Zaman bahasa Melayu kuno berakhir pasa abad ke-13 apabila kerajaan Majapahit yang berpusat di Jawa didirikan pada akhir tahun 1293.  Pasa masa itu, bahasa Jawa memainkan peranan yang utama.  Namun demikian, pengaruh politik kerajaan Majapahit tidak manpu memalapkan kedudukan bahasa Melayu di rantau ini.  Di beberapa daerah di pesisir Sumatera, khususnya di Jambi, masih terdapat negeri Melayu yang mengekalkan kebudayaan dan bahasa Melayu walaupun ditakluki oleh Majapahit.  Malah, bahasa Melayu kuno terus kekal berperanan sebagai lingua franca mengatasi bahasa Jawa kuno kerana bahasa Melayu kuno bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar, tidak terikat oleh perbezaan susun lapis masyaraket dan mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa kuno.

1.1.2.2 Bahan Bukti Penggunaan Bahasa Melayu Kuno
            Tulisan bahasa Melayu kuno ditulis pada beberapa buah batu bersurat.  Antara empat buah batu bersurat yang menjadi bukti penting kewujudan bahasa Melayu kuno, iaitu Batu Bersurat Kedukan Bukit, Palembang, Batu Bersurat Talang Tuwo, dekat Palembang, Batu Bersurat Kota Kapur, Pulau Bangka dan  Batu Bersurat Karang Brahi, Meringin, daerah hulu Jambi. Batu-batu bersurat ini bertarikh sekitar abad ke-7.

1.1.2.3 Ciri-ciri Bahasa Melayu Kuno
            Dari segi system tulisan dan ejaan bahasa Melayu kuno, keempat-empat buah batu bersurat pada abad ketujuh menggunakan tulisan atau skrip Palava.   Tulisan Palava pada batu-batu bersurat itu merupakan jenis Palava Kemudian. Tulisan Palava Kemudian menggunakan askara yang sama tinggi, seolah-olah tertulis di antara dua garis yang lurus.  Selain tulisan Palava, bahasa Melayu kuno juda ditulis dangan tulisan Nagiri yang berasal dari utara India dan tulisan Kawi.
            Dari segi kosa kata, bahasa Melayu kuno banyak dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit merupakn salah satu aspek yang paling ketara.  Ciri-ciri lain dapat diselidiki daripada sudut fonologi, morfologi, dan makna perkataan tersebut.  Jika ditinjau dari segi fonologi, terdapat beberapa perbezaan yang ketara antara fonem yang wujud dalam bahasa Melayu kuno dengan fonem yang ada dalam bahasa Melayu moden.  Contohnya, penggunaan bunyi separuh vokal dua bibir /w/ untuk letupan dua bibir bersuara /b/. sekiranya dikaji dari segi morfologi, terdapat beberapa imbuhan dalam bahasa Melayu kuno yang telah mengalami perubahan dalam bahasa Melayu moden.  Misalnya, awalan mar- dalam bahasa Melayu kuno berubah menjadi ber- dalam bahsa Melayu moden.  Dari segi makna perkataan pula, terdapat perkataan bahasa Melayu kuno yang sudah mengalami perubahan makna dalam bahasa Melayu moden.

1.1.3 Bahasa Melayu Klasik
1.1.3.1 Definisi Bahasa Melayu Klasik
            Bahasa Melayu telah mengalami satu zaman transisi yang dikenali sebagai Zaman Bahasa Melayu Praklasik.  Pada zaman ini, pengaruh Islam dan arab terhadap amat ketara. Bahasa yang digunakan masih bahasa Melayu kuno dengan pengaruh bahasa Sankrit tetapi pada masa yang sama telah diresapi oleh istilah-istilah Islam atau kosa kata bahasa Arab.  Pada zaman transisi ini, bahasa Melayu mengalami evolusi yang kedua sehingga akhirnya mempunyai aksaranya sendiri, iaitu aksara Jawi. Bahasa Melayu yang ditulis dengan aksara Jawi ini dinamakan bahasa Melayu klasik.
            Bahasa Melayu klasik mencapai kegemilangannya pada zaman kerajaan Melaka, zaman kerajaan Aceh, dan zaman kerajaan Johor-Riau.  Bahasa Melayu berkembang dengan pesat pada zaman Melaka kerana pengaruh politik Melayu membolehkan bahasa Melayu disebarkan dengan mudah, bahasa melayu digunakan sebagai bahasa penyebaran agama Islam yang tinggi darjah kebudayaannya dan perkembangan tulisan Jawi dan perbendaharaan kata daripada bahasa Arab yang membantu perkembangan bahasa Melayu dalam bidang kesusasteraan, sejarah dan undang-undang.  Bahasa Melayu mengekalkan peranannya sebagau bahsa perantaraan  di Kepulauan Melayu pada Zaman Bahasa Melayu Klasik. Ini dapat dibuktikan dengan Daftar kata Melayu-Itali yang disusun oleh Antonio Pigafetta pada tahun 1521.
            Bahasa Melayu klasik juga digunakan sebagai bahasa pentadbiran atau bahasa rasmi.  Buktinya, bahasa Melayu klasik digunakan dalam urusan surat-menyurat antara raja di Kepulauan Melayu, antara raja Melayu dengan raja Negara asing, dan antara raja Melayu dengan para pedagang Eropah.  Bahasa Melayu klasik juga berperanan sebagai bahasa ilmu pengetahuan.
            Bahasa Melayu klasik memainkan peranan yang lebih luas jika dibanding dengan bahasa Melayu kuno.

1.1.3.2 Bahan Bukti Penggunaan Bahasa Melayu Klasik
            Bahan-bahan bukti penggunaan bahasa Melayu klasik terdapat pada Batu Bersurat Terengganu, surat-surat awal dan katya-karya sastera yang dihasilkan pada zaman bahasa Melayu klasik.
Batu bersurat ini dijumpai di Sungai Teresat, dekat Kuala Berang, Terengganu kira-kira pada tahun 1899.  Syed Muhammad Naquib al- Attas menetapkan bahawa tarikh yang tercatat pada batu bersurat itu ialah 4 Rejab 702 Hijrah (22 Februari 1303 M). Tulisan yang terdapat pada batu bersurat ini ialah tulisan Jawi.
Contoh surat-surat awal ialah surat Sultan Ternate kepada Raja Portugal (1521 M dan 1522 M), surat izin perniagaan Sultan Aceh kepada Kaptan Harry Middleton (1602 M) dan sebagainya.
Karya-karta sastera yang dihasilkan termasuklah Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hukum Kanun Melaka dan sebagainya.

1.1.3.3 Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik
            Dari segi system tulisan dan ejaan, bahasa yang digunakan pada batu bersurat ialah bahasa Arab dan menggunakan tulisan Arab berbentuk kufi.  Contoh batu bersurat yang bertulisan demikian ditemukan di Pekan, Pahang, di Wilayah Phanrang, Champa, dan di Bandar Seri Begawan, Brunei.
            Tulisan Jawi ialah sejenis system tulisan yang menggunakan abjad Arab dan enam abjad tambahan yang dicipta oleh orang Melayu sendiri.  Sistem tulisan ini ditulis dari kanan ke kiri dan tidak mempunyai huruf besar atau huruf kecil.  Bentuk huruf-hurufnya akan berubah apabila ditulis secara tunggal aysu berantai/bersambung.  Dalam Daftar Ejaan Melayu oleh Za’ba, jumlah huruf yang terdapat dalam system sjaan Jawi ialah 33 huruf. Sebaliknya, dalam Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan (1986), jumlah hurufnya ialah 35. Dalam Daftar Ejaan Rumi-Jawi (1988), jumlah huruf ialah 37.
            Dari segi kosa kata pula, terdapat banyak kata-kata atau istilah-istilah yang dipinjam/diserap daripada bahasa Arab.  Perkatan-perkataaan bahasa Melayu kuno dan istilah-istilah Sankrit tetap digunakan tetapi konsepnya telah diubahsuaikan supaya sejajar dengan konsep Islam.  Contohnya, kata syurga berubah daripada konsep syurga dalam pengertian Hindu kepada konsep yang didukung oleh Islam, iaitu pengertian al-Jannah, dan konsep neraka disesuaikan dengan pengertian an-Nar.
            Tatabahasa bahasa Melayu klasik dapat ditinjau dari aspek penggunaan perkataan, imbuhan dan struktur ayat.  Dari segi penggunaan perkataan, bahasa Melayu banyak menggunakan bahasa istana, kosa kata klasik, kata pengkal  ayat, partikel atau kata penegas -lah dan pun, dan kosa kata daripada bahasa Arab.  Contoh penggunaan bahas istana  dalam bahasa Melayu klasik ialah santap, bahasa biasanya ialah makan.  Contoh penggunaan kosa kata klasik dalam bahasa Melayu klasik ialah berahi, bermaksud cinta dalam bahasa Melayu moden.  Penggunaan kata pangkal ayat ialah penggunaan kata-kata seperti Alkisah, Serbermula dan sebagainya.
Penggunaan partikel atau kata penegas -lah dan pun dalam bahasa Melayu klasik terlihat pada frasa seperti tersebutlah perkataan, batu pun habis berpelantingan, dan lain-lain.  Akhirnya, penggunaan kosa kata daripada bahasa Arab terlibat melalui pemakaian kata-kata Allah taala, makhdum, daulat dan sebagainya.  Dari segi penggunaan imbuhan pula, awalan mar- dan ni- dalam bahasa Melayu kuno telah digantikan dengan awalan ber- dan di- dalam bahasa Melayu klasik.
Dari segi sintaksis, beberapa cirri ayat bahasa Melayu klasik dapat dikesan.  Antaranya termasuklah banyak menggunakan ayat majmuk yang panjang-panjang, bertele-tele serta memasukkan kata-kata yang tidak berfungsi dalam penulisan, banyak menggunakan ayat songsang dengan pendepanan predikat sebagai akibat pengaruh tatabahasa bahasa Arab dan banyak menggunakan ragam ayat pasif.

1.1.4 Bahasa Melayu Moden
1.1.4.1 Definisi Bahasa Melayu Moden
            Zaman bahasa Melayu moden bermula pada abada ke-19, ia ditandai oleh karangan Abdullah Munsyi.  Menurut Goay Teck Chong, Choo Say Tee & Zainuddin Ahmad (2008), Bahasa Melayu moden berkembang pesat setelah Tanah Melayu mencaoai kemerdekaan pada tahun 1957.  Di bawah Perkara 152 perlembagaan Malaysia, bahasa Melayu ditetapkan sebagai bahasa kebangsaan.  Bahasa Melayu memainkan peranan bahasa kebangsaan dengan memikul tugas sebagai bahasa rasmi, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan umum, bahasa penghantar serta bahasa ilmiah di sekolah dan institusi pengajian tinggi.  Dewan Bahasa dan Pustaka telah melakukan perancangan bahasa supaya bahasa Melayu berkeupayaan memikul tugas.  Taraf bahasa Melayu ditingkatkan untuk mancapai status bahasa moden dengan adanya perancangan bahasa.

1.1.4.2 Tahap Perkembangan Bahasa Melayu Moden
            Tahap perkembangan bahasa Melayu moden dapat dibahagikan kepada zaman bahasa Melayu moden pramerdekan dan zaman bahasa Melayu moden pascamerdeka.

1.1.4.2.1 Bahasa Melayu Moden Pramerdeka
Bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa penghantar di pusat pendidikan Islam sebelum penjajahan British. Bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi.  Kedudukan bahasa Melayu masih tidak tergugat dan tetap digunakan dalam urusan rasmi jabatan-jabatan kerajaan tertentu pada zaman pemerintahan British.  Pegawai British yang bertugas di negeri Melayu dikehendaki mempelajari bahasa Melayu dan lulus dalam peperiksaan bahasa Melayu.  Jadi, sarjana-sarjana bahasa Melayu seperti R.O. Winstedt, R.J. Wilkinson dan sebagainya dilahirkan
Kedudukan bahasa Melayu mula terancam selepas Perang Dunia Kedua.  Hal ini demikian kerana British telah mengubah dasar pendidikannya dengan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar dalam sistem pendidikan. Kononnya, bahasa Inggeris mempunyai nilai ekonomi dan status yang tinggi berbanding  dengan bahasa Melayu.  Walaubagaimanapun cendekiawan berpendidikan Melayu dan Arab terus memperjuangan dan mengembangkan bahasa Melayu.  Cendekiawan berpendidikan terdiri daripada wartawan, sasterawan, budayawan, guru-guru dan ahli-ahli politik Melayu.  Selain daripada itu, pertubuhan-pertubuhan bahaas Melayu seperti Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa, Pejabat Karang Mengarang, PASPAM dan ASAS 50 juga ditubuhkan untuk memperjuangkan dan memperkembangan bahasa Melayu.
Antara tokoh-tokoh penting bahasa Melayu moden pramerdeka termasuklah Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi, Raja Ali Haji, Mohd. Said bin Haji Sulaiman dan Zainal Abidin Ahmad.
Karya Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi  memperlihatkan pembaharuan daripada segi pemikiran dan menandakan zaman permulaan bahasa Melayu moden.  Seterusnya, beliau menghasilkan karya-karya yang berdasarkan pengamatan dan pengallaman yang dilaluinya. Contohnya, beliau mengkritik golongan raja dan pembesar yang menindas golongan rakyat.
Raja Ali Haji dapat dianggap sebagai tokoh bahasa yang penting kerana karya-karyua behasa beliau telah meletakkan asas pembinaan dan pembakuan bahasa Melayu seterusnya.  Antara dau karya bahasa beliau termasuklah Bustanul Katibin Lissubyanil-mura’alimi dan Kitab Pengetahuan Bahasa. Bustanul Katibin Lissubyanil-mura’alimi mengandungi dua bahagian iaitu bahagian penulisan tentang bahsa Melayuy dan bahagian tentang tatabahasa Arab.  Beliau cuba menerapkan system tatabahasa Arab ke dalam struktur ayat bahasa Melayu.  Kitab Pengetahuan Bahasa dibahafikan kepada dua bahagian iaitu bahagian tatabahasa dan bahagian kamus, karya ini penting  dan merupakan usaha pertama orang Melayu menyusun kamus.
Mohd. Said bin Haji Sulaiman memberikan sumbangan penting kepada perkembangan bahsa Melayu moden dengan menjadi penunjang Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor ( Pakatan ).  Pada tahun 1934, beliau memainkan peranan penting menghidupkan pkatan semula dengan menggerakkan kegiatan kebahasaan dan kesusasteraan Pakatan.
Zainal Abidin Ahmad merupakan tokoh yang memberikan sumbangan yang amat menonjol dalam bidang tatabahasa.  Buku tatabahasa beliau Pelita Bahasa Penggal I, II dan III, menjadi buku rujukan utama di sekolah-sekolah Melayu dan maktab perguruan.
Pertubuhan-pertubuhan seperti Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa (Pakatan) merupakan pertubuhan yang pertama untuk mengembangkan bahasa Melayu.  Pertubuhan ini ditubuhkan pada tahun 1888. Pengasas pertubuhan ini ialah Datuk Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak dan Datuk Muhammad Ibrahim Munsyi. Matlamat pertubuhan ini adalah untuk memelihara, memperlengkap dan memodenkan bahasa Melayu dengan menyeragamkan ejaan, mencipta perkataan baharu, menyediakan daftar kata dan memelihara ejaan Jawi.  Persaudaraan Sabahat Pena Malaysia (PASPAM) bertujuan untuk mengeratkan hubungan persaudaraan antara pencinta bahasa Melayu serta menggalakkan penulisan dan pembacaan buku-buku bahasa Melayu.  Pertubuhan ini bermula dengan ruangan “Sahabat Pena” dalam akhbar Saudara pada tahun 1934. Pada peringkat awal penubuhannya, ruangan ini hanya mempunyai 56 orang ahli.  Ruangan ini kemudian berkembangan pesat dengan keahlian tersebar ke seluruh Tanah Melayu.  Keadaan ini mendorang pengarang Saudara, Syed Syeikh Ahmad al-Hadi, mengembangkan aktiviti Sahabat Pena dengan menubuhkan Persekutuan Pena yang kemudiannya ditukar nama menjadi Persaudaraan Sahabat Pena Malaysia (PASPAM).
Pejabat Karang Mengarang ditubuhkan di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) pada tahun 1924.  Pengasasnya ialah Pengetua maktab tersebut, O.T. Dussek dan Za’ba. Za’ba dilantik sebagai Ketua Pengarang dan Penterjemah Kanan Pejabat Karang Mengarang manakala R.O. Winstedt dan O.T. Dussek menjadi penasihat.  Tujuan penubuhan Pejabat Karang Mengarang adalah untuk mengatasi masalah kekurangan bahan bacaan sekolah-sekolah Melayu, khususnya, dan dalam kalangan masyarakat Melayu, amnya.
Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) merupakan pertubuhan sebelum merdeka yang paling besar sumbangannya kepada perancangan dan perkembangan bahasa.  Persatuan penulis ini dibentuk oleh satu angkatan penulis generasi muda untuk mengembangkan bahasa dan kesusasteraan Melayu di samping menjaga kebajikan dan kepentingan mereka.  Perjuangannya tertumpu kepada pembaharuan dalam sastera dengan slogan “Seni untuk Masyarakat” dan status politik bahasa, iaitu perjuangan bahasa dan politik berjalan serentak.

1.1.4.2.2 Bahasa Melayu Moden Pascamerdeka
            Perkara 152 Perlembangan Persekutuan telah menetapkan bahawa bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan negara itu semasa Malaysia mencapai kemerdekaan.  Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi.  Dasar pendidikan pula menetapkan bahawa bahasa Melayu menjadi bahasa penghantar dalam system pendidikan negara.  Dewan Bahasa dan Pustaka telah melakukan perancangan bahasa Melayu untuk membina dan memupuk bahasa Melayu ke arah yang lebih maju.
            Dewan bahasa dan Pustaka (DBP) ditubuhkan sebagai sebuah jabatan di bawah kementerian Pelajaran pada 22 Jun 1956.  Pada mulanya badan ini dikenal senagai Balai Pustaka tetapi atas cadangan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga, namanya telah diubah kepada Dewan bahasa dan Pustaka. Pada Tahun 1959, Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka diluluskan dan DBP dinaikan statusnya menjadi badan berkanun.  Matlamat DBP, sebagaimana yang termaktub dalam Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka (dipinda menjadi Akta Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1972), adalah memajukan dan memperkaya bahasa kebangsaan, memajukan bakat kesusasteraan terutama dalam bahasa kebangsaan, menerbutkan buku, kamus dan bahan-bahan persuratan lain dalam bahasa kebangsaan, menyeragamkan ejaan dan sebutan serta menggubal istilah dan menyusun dan menerbitkan sebuah kamus bahasa kebangsaan.
Menurut Goay Teck Chong, Choo Say Tee dan Zainuddin Ahmad (2008), perancangan bahasa oleh DBP bertumpu kepada penyelidikan bahasa dalam aspek fonologi, kosa kata, sintaksis dan semantik, peristilahan dengan memperkata dan memperlengkap bahasa Melayu sebagai bahasa pendidikan.  Budaya dan bahasa ilmu tinggi, perkamusan dengan menerbitkan pelbagai jenis kamus dan pelaksanaan bahasa dengan menyebarkan maklumat bahasa baku, memberikan khidmat nasihat dan galakan, serta mengawasi penggunaan bahasa Melayu supaya tercapai tujuan meluaskan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa oendidikan dan bahasa budaya tinggi.

1.1.4.2.2.1 Perancangan Bahasa Melayu
            Perancangan bahasa merujuk kepada usaha untuk memupuk, membaiki dan mengembangkan sesuatu bahasa ke arah bahasa moden. Usaha ini termasuklah membuat keputusan dasar tentang bahasa, menyeragamkan variasi bahasa dan memupuk usaha pengembangan bahasa, meninjau semula hasil dan kesan aktiniti perancangan bahaas dan mengumpulkan data dan menyusun strategi untuk memajukan bahasa.  Aktiviti-aktiviti perancangan bahasa Melayu terdiri daripada perancangan taraf bahasa, perancangan korpus bahasa dan perancangan strategi.  Perancangan taraf bahasa merujuk kepada usaha meluaskan dan meningkatkan taraf penggunaan atau peranan bahasa dalam masyarakat.  Perancangan korpus bahasa juga diistilahkan sebagai perancangan bahan bahasa.  Ini melibatkan usaha menetapkan kosa kata, ejaan, istilah, tatabahasa dan sebutan yang menjadi bahan sesuatu bahasa. Usaha ini melibatkan kerja-kerja pembinaan bahasa.  Perancangan korpus bahasa terdiri daripada dua bahagian iaitu pengekod atau kadifikasi dan pemupukan.  Terdapat tiga bentuk strategi dilaksana untuk mencapai matlamat manjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara, iaitu memberikan nilai pad bahasa Melayu yang terdiri daripada nilai sentimen, nilai pentadbiran, nilai ekonomi dan nilai social, menubuhkan jentera-jentera seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia dan sebagainya dengan matlamat untuk melaksanakan dasar-dasar bahasa dan mendorong rakyat menggunakan bahasa Melayu melalui kempen “Cintai Bahasa Kita”, “Bulan Bahasa” pengajaran dan pemelajaran bahada Melayu di radio dan televesyen, Anugerah Sastera Negara dan sebagainya.

1.1.4.3 Fungsi Bahasa Melayu Moden
            Fungsi bahasa Melayu moden adalah sebagai bahasa komunikasi, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu.  Bahasa komunikasi ialah bahasa yang digunakan sebagai bahasa perantaraan untuk proses komunikasi.  Bahasa perpaduan pula bermaksud bahasa yag digunakan untuk menyatupadukan pelbagai kaum.  Bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa ilmu kerana bahasa Melayu menjadi wahana untuk memperoleh dan menyampaikan ilmu dalam pelbagai bidang.

Rujukan:

Frank Parker (1994).Linguistik untuk Bukan Ahli Linguistik.Kuala Lumpur: Dewan
      Bahasa dan Pustaka

Goay Teck Chong, Choo Say Tee & Zainuddin Ahmad (2008). Teks Pra-U STPM
      Bahasa Melayu Kertas 1. Petaling Jaya: Pearson Longman Sdn.Bhd,

Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar (2006).Fonetik dan Fonologi.Kuala
     Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd

Nik Safiah Karim et. al.(1986).Tatabahasa Dewan Jilid 1.Kuala Lumpur: Dewan
      Bahasa dan Pustaka

Paitoon M.Chaiyanara (2006).Pengenalan Fonetik dan Fonologi.Kuala Lumpur:
      Dewan Bahasa dan Pustaka


Asal Usul Bahasa Melayu dimuat turun dari      http://www.tutor.com.my/stpm/asal_usul_bahasa/asal_usul_bahasa_melayu.htm pada 17 September 2008

Bunyi Bahasa Melayu dimuat turun dari   http://www.tutor.com.my/tutor/stpm/fonologi/Fonologi.htm pada 17 September 2008

Sistem Bunyi Bahasa Melayu dimuat turun dari
http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=STPM&s=BM&b=SEP&m=4&r=m&i=NOTA  17 September 2


Tiada ulasan:

Catat Ulasan